Mereka berkata…hidup ini
indah,
Gelisah dalam gundah,
Parah tika resah,
Lemah terus berserah
Tanpa kembali ke jalan sudah.
Mereka berkata cinta itu kasih
sayang,
Bila benci kasih melayang,
Dan sayang langsung hilang,
Dan bila rindu mula la
menyeru
“engkaulah yang ku sayang”.
Cinta oh cinta…
Jangan kau hadir dikala suka,
Hilang dikala derita,
Biarlah cinta hadir walau
terseksa,
Kerana siksaan itu titik-titik
rasa.
Cintailah walau apa jua
keadaannya,
Kerana cinta hanya wujud
disanubari suci,
Cinta kan termetri pada
sekeping hati,
Jangan kau damba perhiasan
maknawi,
Tapi kau nilailah pada ziinatul
hissi.
Sedarlah…
Lahirnya dirimu hanya dari
setitis air hina,
Yang memiliki nilai insani,
Istimewa dirimu hanya kerana
sekeping hati,
Mulia dirimu kerana setulus
aqal,
Tanpanya dirimu sehina
makhluk.
Duhai insan nilailah,
Dimana manfaat aqalmu?
Dimana kau sorok hatimu?
Duhai insan, bangkitkanlah
jiwamu,
Serukanlah dirimu pada
cahaya cinta-Nya.
Selamat Melayari Kembara Hadi
Contact Us
Perjalanan Menuju Kebenaran
2 ulasan
-
hazman aka species1980 21 Mac 2010 pada 2:27 PTGBait kata kata yang amat bermakna.....
-
miss lolly a.k.a luvfareda 21 Mac 2010 pada 11:24 PTGfuhhh. ayat.
nice lah :-)
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Catat Ulasan