Kesibukan sentiasa
ada, ketenangan dan keluh
kesah silih berganti, suka dan
duka menghiasi setiap
simpang dan liku-liku hidup.
Mungkin ada sesuatu yang
boleh kita pelajari dari semua
ini. Sedar ataupun tidak kita
kadang-kadang tewas dengan
ujian yang kecil sedangkan
kita pernah gagah berdepan
dengan ujian yang lebih berat
sebelumnya.
Kita pernah
kecewa dengan bebanan yang
ringan sedangkan kita begitu
tabah berdepan dengan
bebanan yang berkali ganda
lebih hebat diwaktu silam.
Jadi apa yang menyebabkan
kita kadang-kadsang kuat dan
kadang-kadang lemah.
Kita
sebenarnya lemah apabila
jiwa kita kecil dan kita kuat
ketika jiwa kita besar. Inilah
hakikat kehidupan kita; yang
hidup dan mati itu adalah jiwa
kita, yang kuat atau lemah itu
adalah jiwa kita.
Manusia sering memenuhi
keperluan fizikal atau
jasadinya tetapi jiwanya sering
dilupakan. Jiwa kita
sebenarnya memerlukan
makanan dan pengisian lebih
tinggi berbanding keperluan
jasadi kita.
Kita mungkin
pernah baca kisah-kisah
kekuatan jiwa manusia; ada
yang terperangkap dalam gua
berminggu-minggu tetapi
masih hidup, ada yang
tersesat di hutan berbulan-
bulan tanpa makanan yang
cukup tetapi masih boleh
meneruskan kehidupannya
walau serba lemah tetapi
disudut dunia yang lain ada
yang mati tergantung di
dalam biliknya sedang
kemewahan menyelimuti
kehidupannya.
Apakah yang membezakan
manusia-manusia ini?
Tentunya jiwa mereka. Bagi
yang berjiwa besar mereka
kan sanggup berdepan dengan
apa saja cabaran tetapi bagi
yang berjiwa kecil kadang
terkurung dalam dunia yang
sempit dan penuh
kekecewaan. Ada yang masih
terselamat ketika berdepan
dengan musibah yang besar
tetapi ada juga yang
mengorbankan dirinya bagi
sesuatu yang remeh dan
murahan.
Ketika Islam berkembang
sampai ke Andalusia, pernah
suatu hari gabenor Islam
memanggil ketua paderi di
daerah tersebut. Gabenor
Islam tadi bertanya kepada
paderi tersebut kenapa
mereka tidak bangkit
menentang sedangkan tanhair
mereka dijajah oleh tentera
Islam. lalu balas Paderi tadi
"Disebabkan kami telah diadili
dengan sebaik-baiknya dan
kami tidak pernah sekalipun
dizalimi oleh tentera kamu
maka kamu berhak mendapat
jawapan yang betul" Paderi itu
meneruskan lagi "Kami tidak
bangkit menentang kerana
kekuatan prinsip (keteguhan
jiwa) yang ada pada tentera
kamu.
Dengan kekuatan yang
kamu miliki ini, walaupun
kami mempunyai tentera yang
ramai, kami tetap akan kalah,
walaupun kamu memiliki
senjata yang lebih baik pun
kami akan kalah. Oleh itu
kami akan tunggu hingga
tentera kamu dijangkiti cinta
dunia, berebut pangkat dan
kekuasaan, pada masa itulah
kami akan bangkit
menentang."
Jadi apa yang menjadikan kita
kuat dan lemah, apa yang
menjadikan kita tabah dan
kecewa dan apa yang
menjadikan kita tenang dan
keluh kesah?
Oleh itu binalah
kekuatan jiwa kita agar kita
memandang kecil dan ringan
segala cabaran yang akan kita
depani, isilah jiwa kita dengan
keyakinan dan prinsip agar
kita kan tetap berdiri teguh
menghadapi ujian hidup.
InsyaAllah di kesempatan lain
kita akan berbincang
bagaimana membina kekuatan.
Selamat Melayari Kembara Hadi
Contact Us
Perjalanan Menuju Kebenaran
Catat Ulasan
PERINGATAN: kembara Hadi tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Catat Ulasan