Bersama Michael (kanan) semasa hidup.
Jermaine mengenali Islam pertama kali ketika berkunjung ke beberapa negara di Timur Tengah. Ketika itu dia melakukan Jelajah untuk mempromosikan album. Salah satu negara yang dikunjunginya adalah Bahrain. Di Bahrain Jermaine merasa diterima dengan baik oleh masyarakat di sana. “Saya sempat bertemu dan menegur kanak-kanak Bahrain tentang banyak hal,” katanya.
Satu hal yang tidak pernah dilupakan oleh Jermaine adalah ketika kanak-kanak itu bertanya soal agamanya. “Saya seorang Kristian,” jawabnya begitu saja. Jermain bertanya balik apa agama kanak-kanak itu, dan dengan penuh yakin mereka menjawab: “Islam!”
Jawapan itu membuat Jermaine hairan. Anak-anak tersebut kemudian menceritakan tentang Islam padanya. kanak-kanak itu memberikan informasi tentang Islam sesuai dengan pemahaman yang dimiliki anak seusia mereka. ”Suara mereka memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat bangga terhadap Islam. Bermula dari sinilah saya tertarik untuk mengenali dengan Islam lebih jauh,” katanya lagi.
Pulang dari Bahrain, Jermaine menemui para cendekiawan dan ulama Muslim. Dia banyak bertanya kepada mereka tentang Islam.
Setelah dialog itu, atas dorongan Qunber Ali, salah seorang yang dia berdiskusi,. Jermaine mengunjungi Riyadh, Saudi. Dari Riyadh, atas undangan pihak keluarga Kerajaan Arab Saudi, Jermaine melanjutkan perjalanan menuju Mekkah untuk melakukan umrah. Dan pada ketika itu dia belum mengucapkan syahadat. ‘Waktu itu saya belum mengetahui banyak mengenai Islam. Tetapi, untuk pertama kalinya saya sampaikan kepada umum bahawa saya telah menjadi Muslim,” ujarnya.
Selama di Saudi, Jermaine semakin banyak mempelajari tentang Islam langsung dari Al-Quran. Akhirnya Jermaine terbuka hati masuk Islam. “ketika itulah, saya merasa seperti dilahirkan kembali. Saya menemukan jawapan atas berbagai pertanyaan yang selama ini tidak akan saya temukan dalam ajaran Kristian,” ujarnya.
Kembali ke Amerika Syarikat, Jermaine menjadi sasaran propaganda media massa yang memang anti-Islam di Amerika. Apa yang dilakukan oleh Jermaine? Pertama sekali, dia memberikan pengertian tentang Islam kepada seluruh anggota keluarganya.
Reaksi ibunya,Catherine Jackson,setelah mengetahui dia memeluk islam, ”Kamu (telah) mengambil keputusan ini secara tiba-tiba, atau telah memikirkannya masak-masak?” Tanya Catherine. Keluarganya percaya bahawa dengan masuk Islam, Jermaine menebarkan permusuhan di kalangan masyarakat Amerika. Namun, Jermaine merasa yakin kalau keluarganya tidak akan bersikap sama dengan orang-orang Amerika pada umumnya, kerana dia hidup dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terbuka terhadap perbezaan. Lambat laun keluarganya akan faham.
Jermaine mempunyai Sembilan orang anak. Dari bekas isterinya Hazel Gordy dia mempunyai dua anak (Jermaine La Jaune Jackson Jr dan Autumn Jackson). Dari Margaret Maldonado yang tidak dia nikahi, Jermaine memiliki dua anak (Jeremy Maldonado Jackson dan Jourdynn Michael Jackson). Sementara dari bekas isterinya yang kedua, Alejandra Genevieve Oaziaza, dia mempunyai tiga anak (Donte Jackson, Jaffar Jackson, dan Jermajesty Jackson). Dan dari isterinya sekarang, Halima Rashid, dia mempunyai dua orang anak.